KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum
Bertemu semua dilaman ini yang dibina khas untuk menggabungkan semua waris Keluarga Naim yang semakin menjauh dan ramai pula dikalangan generasi ke tiga dan keempat tidak mengenal waris sendiri. Dengan adanya halaman ini diharapkan mendapat mengeratkan kembali TIGA keluarga Legasi Naim ini. Insyaallah.
Untuk mengumpulkan maklumat waris legasi Naim ini dipohon semua waris dapat mendaftarkan keluarga masing-masing menerusi pengumpulan maklumat di sini:
PENDAFTARAN WARIS LEGASI NAIM ABDULLAH
Bagi yang ingin menghantarkan gambar keluarga waris, sila emelkan kepada Tuan Tanah disini.
Semoga dengan adanya gambar-gambar dapat lah semua waris mengenali di antara satu sama lain.
Mudah-mudahan cita-cita ini terlaksana dengan keizinanNya. Insyaallah.
LEGASI KETURUNAN NAIM ABDULLAH
Thursday, February 7, 2019
MENYULUSURI SEJARAH PERJALANAN MIGRAN 1930AN
1. Ikhlasdin bin Insanordin, nama Datuk saya berasal dari sebuah
keluarga Punjabi dari kampung kecil bernama Naranjee di negeri Punjab. Tahun
30an hingga kemerdekaan India 1947, negari Punjab terpecah kepada 2 akibat
peperangan agama. Yang berugama Islam Punjab pinda ke Pakistan, Punjab Singh
dan Hindu pindah ke India.
2. British telah mengambil kesempatan dari kelemahan dalaman dan
akhirnya Negara Punjab jatuh dibawah pentadbiran Empire British selepas
kekalahan Anglo Singh War. Lelaki dewasa dari Punjab diambil British untuk
berkhidmat dikoloni koloni British Empire.
3. Pada tahun 1935 ketika berumur 16 tahun dan menghadapi kesukaran
hidup, peperangan agama Hindu-Islam - Sikh, tiada pekerjaan, beliau bersama 3
rakan bertolak ke Hong Kong untuk menyertai tentera Tentera British di koloni
Hong Kong.
4. Bagaimana pun beliau bersama rakan turun di Port Klang kerana pengusaha British pada masa itu memerlukan
pekerja untuk lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu.
5. Pengusaha British telah membawa Datuk bersama migran lain ke Rantau
Tin Mining Company di Rantau N9.
6. Di Rantau beliau telah berkahwin dengan gadis tempatan, nenek saya
Hjh Sahibe. Perkahwinan ini hanya memperolehi seorang anak pada 3.10.1937, ayah
saya bernama Nordin bin Sudin.
7. Kerana tekanan keluarga dari kehidupan bersuku-suku adat pepatih N9,
Datuk Nenek saya telah berpisah. Datuk saya berhijrah mengikuti pengusaha bijih
timah British ke Batang Berjuntai Tin Mining Company dan mendirikan keluarga
baru di Kg Jaya Setia Batang Berjuntai.
8. Ayah tinggal bersama ibunya di Kg Seliau sehingga tamat Darjah 5
Melayu. Kerana berwajah bangsa asing kehidupan beliau membesar dikampung
menjadi sukar dan tidak diterima masyarakat yang tebal dengan amalan bersuku
adat pepatih yang tidak mengiktiraf warga berwajah asing.
9. Malaya mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu syarat
kemerdekaan British ialah memberikan
kerakyatan kepada migran asing terutama pekerja lombong bijih timah dan estet
getah.
10. Ayah telah memperolehi sijil kerakyatan pada tahun 1960 melalui
program pemutihan warga asing kerana beliau tiada mempunyai sijil kelahiran
untuk membuktikan kerakyatan.
11. Kerajaan British telah membenarkan Raja-Raja Melayu membentuk
tentera askar Melayu - Regimen Askar
Melayu Di Raja (RAMD) dibawah pengurusan Tentera British. RAMD atau Askar
Melayu telah ditubuhkan di Port Dickson pada tahun 1933 dan hanya terbuka
kepada orang Melayu sahaja.
12. Peperangan Konfrontasi Indonesia - Malaya dan pemberontakan komunis
1960an telah memerlukan askar-askar tambahan mempertahankan negara selepas
merdeka.
13. Ayah telah melansungkan perkahwinan dengan ibu saya Che Yum Naim
pada 20.7.1956 dan memperolehi 7 orang anak.
14. Pada tahun 3.10.1960 berbekalkan sijil kerakyatan Tanah Melayu dan
sijil tamat sekolah Darjah 5 Melayu, ayah telah mendaftar diri dengan Batalion
ke 15 Askar Melayu DiRaja Port Dickson
dengan No Tentera 14316
15. Pada 1960 peperangan saudara bergolak di Congo dan kerajaan Congo
memohon campurtangan UN. Tungku Abdul Rahman bersetuju pada 4.8.1960 untuk
menghantar tentera Tanah Melayu dari Unit Reconnaice (Recce) dan Askar Melayu
untuk berkhidmat sebagai pengaman dibawah pentadbiran UN. Pada 22.2.1962 ayah
telah bertolak ke Congo di bawah UN Peacekeeping Force.
16. Negara mengalami ancaman kominis sekitar tahun 1960an. Sekembali
dari Congo ayah ditempatkan di Betung Perak , sempadan Msia Thailand yang
menjadi sarang komunis pada masa itu dan di sekitar Jalan Tunku Abd Rahman dan
Kg Baru KL semasa Dharurat 13 Mei 1969.
17. Ayah tamat perkhidmatan tentera di Kem LATEDA PD pada 23.10.1981
dan menyertai Majlis Perbandaran Seremban sehingga tahun 1987 pada umur 50
tahun untuk bersara sepenuh masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)